21 May 2013

Bercuti di Bandung Indonesia 10-16 April 2013 (Day 5)

Day 5 Bandung

Pindah hotel 

Macam biasa bangun pagi settle solat subuh, terus siap2 kemas beg sebab dah nak checkout. Dah siap2 mandi kami turun ke lobby untuk sarapan.

Jam 1000 kami checkout Pop Hotel, agak sedih nak tinggalkan hotel yang murah tapi betul2 memuaskan hati. 
Kami menaiki teksi bermeter tapi harini kami agak malang kerana driver teksi ni tipu tak nak on meter dengan alasan jalan macet bangat (traffic jam sangat). Kalau tak kerana beg2 yang banyak dalam bonet teksi ni, kami dah lama keluar. 

Jam 1200 kami tiba di hotel Grand Royal Pahenggar. Hotel ni terletak centre di bandar Bandung so nak ke mana2 pun boleh berjalan kaki je. 
Bilik hotel ni luas, bersih dan ada semua kelengkapan seperti mana hotel 5star yang lain. Apa yang paling saya tak sabar ialah swimming pool nya yang besar. 
Selesai je kemas2 barang, apa lagi terus ke swimming pool, dah lama tak berendam macam badak air.haha


Jam 2200 kami keluar berjalan kaki ke area jalan Dago, dalam 20 minit jugak la menapak. On the way balik dari factory2 outlet tu kami singgah di warung Sam's Strawberry. Di warung ni menu yang paling spacial ialah Jus Strawberry yang betul2 sedap. Kalau korang ke sana jangan lupa try jus strawberry ni ye.


Bercuti di Bandung Indonesia 10-16 April 2013 (Day 4)

Day 4 Bandung

Harini kami berdua agak santai nak lepak2 je dalam hotel. Lepas je solat subuh, kami macam biasa tak akan lepaskan peluang breakfast di hotel Pop ni. 

Sarapan di hotel ni nasi ijo, nasi panas yang di bungkus dengan daun pisang. Hotel pop juga menyediakan minuman panas kopi, teh o dan susu. 


Nasi ni seakan akan nasi ambeng makanan orang jawa di Malaysia. Memang x cukup sebungkus rasa nak tambah lagi. Hehe

Lepas settle sarapan, kami bertolak ke Pasar Caringin sebab member2 yang pernah ke Bandung, mereka pesan kopi & cappuccino 3in1 brand Tora Bika. Kami try search dulu lokasi Pasar Caringin ni rupa2 nya dekat je dengan hotel Pop ni. So kami ke sana dengan menggunakan taksi meter, tambang cuma Rp 20,000.

Pasar Caringin ni ala2 pasar borong 24hrs ada banyak jual makanan, buah-buahan, ayam, daging lembu, kambing dan macam2 lagi. 
Pasar ni agak kotor habis kasut kami dengan lumpur, maklumla tiap2 waktu ada saja lori besar2 yang datang membawa barang2 dari luar kota bandung untuk di jual di sini.

Kami berjalan kaki mencari kopi kiloan atau kopi timbang kerana bak kata pak supir semalam, kopi timbang di Pasar Caringin ni murah kalau dibandingkan dengan tempat lain. 
Setelah hampir 30minit mencari dan bertanya dengan penjual2 di sini, kami pun jumpa satu kedai kecil di dalam bangunan usang di pasar ni. Mission kami berjaya kerana dapat beli semua jenis kopi di kedai ni. Penuh satu beg sandang dengan kopi.

Balik ke hotel kami try naik angkutan. Angkut ni van kecil yang boleh memuatkan penumpang seramai 10 orang je kot. Van kecil ni adalah pengangkutan awam yang paling banyak di Bandung kerana tambangnya jauh lebih murah daripada pengangkutan awam yang lain. 
Tambang seorang untuk balik ke Pop Hotel ialah Rp 2,000 sahaja.
 
 
 


Angkut ni ada laluan mereka sendiri jadi angkut yang kami naik ni cuma berhentikan kami di simpang tak jauh daripada Pop Hotel, so kami jalan kaki dalam 10 minit je.
Masa jalan kaki tu kami lalu di Pasar Burung, pasar yang menjual burung hidup, ayam hidup, kucing hidup dan macam2 haiwan lagi. Selalunya haiwan2 di sini untuk dipelihara. Dalam kami berjalan2 balik tu kami sempat jadi audience pertandingan sabung ayam secara live.hihi

Sampai di hotel, kami lepak2 minum2 dan makan di shopping mall Festival City tu je. Seronok harini berpeluh dan terpaksa basuh kasut yang kotor dengan lumpur, habis baju bau pasar dan hanyir. Haha

Summary perbelanjaan day-4;

Tambang teksi ke Pasar Caringin : Rp 20,000
Beli kopi : Rp 141,000
Tambang angkut : Rp 4,000



14 May 2013

Bercuti di Bandung Indonesia 10-16 April 2013 (Day 3)

 Day 3 Bandung

Hari ke-3 ni kami bercadang nak habiskan masa ke luar kota Bandung.

Pakej ni kami ambil tour guide atau dikenali sebagai supir, sebab lagi jimat ambil supir ni daripada nak naik teksi atau naik angkut. Supir ni namanya Pak Ratno no phone +6281322887474. Harga yang kami dapat untuk jalan2 luar kota Bandung dalam Rp 450,000 sehari. Supir jemput kami di hotel seawal jam 8 pagi dengan menaiki Suzuki MPV. Supir ni kami recommend sangat2 dieorg ni jujur, korang cakap je nak singgah kat mane pasti dieorg bawak. Beg2 korang pun dieorg akan jaga dalam kereta masa korang keluar jalan2 sebab supir akan stay kat dlm kreta 24hrs. 

 


Jam 0800 bertolak dari Pop Hotel
Jam 1000 ke Tangkuban Perahu
Semasa perjalanan ke sana kami lalu braga city walk, jln setiabudi. Area sini memang banyak rumah2 mewah sama macam dalam sinetron tiap2 petang kat TV. Hehe



Jam 1100 tiba di Tangkuban Perahu. Tiket masuk seorg Rp 100,000 dan harga kereta pun pelawat kena bayar Rp 50,000 sebuah. Di sana cuaca agak dingin, memang cantik pemandangan di atas gunung berapi. Dinasihatkan bawa sweater atau baju long sleve yer. Di atas ni ada ramai peniaga yang peramah dan ikutje kita kemana saja sebab nak kita beli barang jualan mereka. Harga yang mereka jual jauh lebih mahal di bandingkan di Pasar Baru.

 

 


 

 

 

Jam 1200 kami sambung perjalanan turun dari puncak gunung Tangkuban Perahu
Jam 1300 kami tiba di strawberry farm, di sini tiket masuk Rp 20,000 seorang, dapat petik strawberry sampai kenyang dan free jus strawberry fresh. 

 

 

 

 


Jam 1400 sambung perjalanan
Jam 1500 kami dibawa makan di kedai Nasi Padang Sederhana. Lauk2 akan dihidang sebanyak mungkin. Di sini harga akan di cas mengikut lauk yang korang ambil. Kalau korang nak makan kat restoran lainpun boleh just cakap je sama Pak Supir tu ye.
 

 


Jam 1600 kami sambung perjalanan ke Rumah Mode. Di sini pakaian semuanya branded. So sediakan duit korang banyak2. Kalau perempuan shopping memang dahsyat so, laki2 jangan risau ade cafe ala2 starbucks kt Rumah Mode ni.

 

 

 

Jam 1800  ke jln Dago & Riau ada banyak butik2 pakaian. Kami recommend korang terus ke Butik Episode Outlet sebab kat situ je ada banyak pilihan pakaian yang branded.

 

 


Jam 2000 bertolak pulang dari factory outlet
Jam 2100 kami tiba di Hotel. 

Summary perbelanjaan day 3;
Supir/ driver sehari : Rp 450,000
Tiket masuk Tangkuban Perahu (seorang) : Rp 100,000
Tiket masuk Tangkuban Perahu (kenderaan) : Rp 50,000
Tiket masuk Strawberry Farm (seorang) : Rp 20,000
Lunch restoran Nasi Padang Sederhana : Rp 52,000 *bergantung pada lauk yang dimakan
Shopping di Rumah Mode dan di Episode Outlet : Rp 100,000-Rp 1,500,000






Bercuti di Bandung Indonesia 10-16 April 2013 (Day 2)

Day 2 Bandung 11 April 2013

Bermula la shopping day... Hoooray


Aktiviti hari ke-2. PASAR BARU BANDUNG. Tempat wajib bagi rakyat Malaysia shopping sakan. Di sini ada food court kat tingkat 7 kalau tak silap. So, di nasihatkan untuk makan sampai kenyang dulu sebelum bermula aktiviti shopping sakan sebab barang2 kat pasar baru ni teramatla murah. Jangan terkejut kerana di sini memang ramai sangat orang. 


 
 

Serba sedikit harga barang untuk dikongsi di Pasar Baru
Telekung atau nama setempat 'mukena' range harga RM20-RM 100
Kain border lace RM35- RM 100 (5meter)
T-shirt souvenir Bandung (5 helai RM 35)
Keychain souvenir Bandung (10 items RM 7-RM 15)

Kalau korang kehabisan wang, jangan risau ya sebab CIMB ada betul2 sebelah kiri pintu besar Pasar Baru.
Kepada yang ada kad cimb atau maybank lebih baik aktifkan kad korang untuk pengeluaran luar negara. Caranya mudah sesangat just pergi buat di ATM berhampiran ye.


Di Bandung memang ada banyak CIMB berbanding MAYBANK. Cara nak keluar duit di sana sama je mcm kat malaysia. Cumanya duit keluar nanti dah siap2 charges current currency. 

Bercuti di Bandung Indonesia 10-16 April 2013 (Day 1)

Day 1 Bandung 10 April 2013

First time melancong bersama isteri. Tempat pertama kami pilih ialah Bandung Indonesia. 

Take off jam 1335 dari airport LCCT. Semasa di dalam flight, krew kabin akan mengedarkan kad imigresen untuk diisi supaya kat airport sana nanti xperlu la buang masa untuk isi.. sampai airport je terus serahkan passport dan form tadi pada pegawai imigresen. 


Alhamdulillah kami selamat sampai jam 1440 di HUSEIN SASTERANEGARA AIRPORT airportnya kecil je.


Keluar je dari airport dah ramai yang datang menjual sim card dan ade juga yg datang tanye nak tukar duit Rupiah ke x. Di nasihatkan korang semua bawa duit rupiah siap2 dari malaysia.

Di hadapan airport dah ada banyak teksi menunggu tapi kena pandai2 nego. Harga di bandung mereka akan buka harga dengan tinggi, tapi diingatkan jangan terpedaya kerana kita wajib nego sampai jadi.

Taxi dari airport untuk ke POP hotel Festival Citylink  Rp 50,000.



POP Hotel Bandung Festival CT Link  
Jl. Peta No. 241, Bandung City, Bandung, Indonesia 40323 

Hotel bajet tapi lengkap dgn benda2 asas. Amat selesa dan bersih hotel ni walaupun harganya agak murah. Siap ada breakfast free lagi. 

 

Harga hotel ni kami beli di Agoda.com, satu malam RM70 sahaja. Kami menginap di sini selama 3 malam. Hotel ni agak jauh sikit dari bandar tapi untuk ke bandar senang je sebab ada banyak teksi ber meter. Harga dalam Rp 20,000 sehala.