Day 3 Bandung
Hari ke-3 ni kami bercadang nak habiskan masa ke luar kota Bandung.
Pakej ni kami ambil tour guide atau dikenali sebagai supir, sebab lagi jimat ambil supir ni daripada nak naik teksi atau naik angkut. Supir ni namanya
Pak Ratno no phone +6281322887474. Harga yang kami dapat untuk jalan2 luar kota Bandung dalam Rp 450,000 sehari. Supir jemput kami di hotel seawal jam 8 pagi dengan menaiki Suzuki MPV. Supir ni kami recommend sangat2 dieorg ni jujur, korang cakap je nak singgah kat mane pasti dieorg bawak. Beg2 korang pun dieorg akan jaga dalam kereta masa korang keluar jalan2 sebab supir akan stay kat dlm kreta 24hrs.
Jam 0800 bertolak dari Pop Hotel
Jam 1000 ke Tangkuban Perahu
Semasa perjalanan ke sana kami lalu braga city walk, jln setiabudi. Area sini memang banyak rumah2 mewah sama macam dalam sinetron tiap2 petang kat TV. Hehe
Jam 1100 tiba di Tangkuban Perahu. Tiket masuk seorg Rp 100,000 dan harga kereta pun pelawat kena bayar Rp 50,000 sebuah. Di sana cuaca agak dingin, memang cantik pemandangan di atas gunung berapi. Dinasihatkan bawa sweater atau baju long sleve yer. Di atas ni ada ramai peniaga yang peramah dan ikutje kita kemana saja sebab nak kita beli barang jualan mereka. Harga yang mereka jual jauh lebih mahal di bandingkan di Pasar Baru.
Jam 1200 kami sambung perjalanan turun dari puncak gunung Tangkuban Perahu
Jam 1300 kami tiba di strawberry farm, di sini tiket masuk Rp 20,000 seorang, dapat petik strawberry sampai kenyang dan free jus strawberry fresh.
Jam 1400 sambung perjalanan
Jam 1500 kami dibawa makan di kedai Nasi Padang Sederhana. Lauk2 akan dihidang sebanyak mungkin. Di sini harga akan di cas mengikut lauk yang korang ambil. Kalau korang nak makan kat restoran lainpun boleh just cakap je sama Pak Supir tu ye.
Jam 1600 kami sambung perjalanan ke Rumah Mode. Di sini pakaian semuanya branded. So sediakan duit korang banyak2. Kalau perempuan shopping memang dahsyat so, laki2 jangan risau ade cafe ala2 starbucks kt Rumah Mode ni.
Jam 1800 ke jln Dago & Riau ada banyak butik2 pakaian. Kami recommend korang terus ke Butik Episode Outlet sebab kat situ je ada banyak pilihan pakaian yang branded.
Jam 2000 bertolak pulang dari factory outlet
Jam 2100 kami tiba di Hotel.
Summary perbelanjaan day 3;
Supir/ driver sehari : Rp 450,000
Tiket masuk Tangkuban Perahu (seorang) : Rp 100,000
Tiket masuk Tangkuban Perahu (kenderaan) : Rp 50,000
Tiket masuk Strawberry Farm (seorang) : Rp 20,000
Lunch restoran Nasi Padang Sederhana : Rp 52,000 *bergantung pada lauk yang dimakan
Shopping di Rumah Mode dan di Episode Outlet : Rp 100,000-Rp 1,500,000